Wednesday, June 17, 2009

First post ever....


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Rakan-rakan seperjuangan yang budiman......

Aku buat keputusan untuk buat blog ni sebab aku dah frust la sebab rancangan reunion kita ni asyik terkamjat je. Mcm masa main cotaiti, bila 3 diamond keluar, org lepas tu keluar 3 heart pastu org ketiga keluar 3 spade... so dah tau la yang 3 club dah terkamjat kat org yang last tuh. Hehe!


So.. kat sini aku wujudkan tempat untuk kita semua berborak sambil merancang mcm mana nak mengumpulkan batch kita 95/96 (if ada batch lain nak join pun... jalan terus je!!) yang seramai 4++ org ni berjumpa pada waktu yang sama n spend some quality times together.


Mungkin terlalu ambitious nak kumpulkan semua... tapi batch kita ni ramai giler! If dapat separuh pun dah 200 org. Dah ok dah tu.
Aku cadangkan kita ajak la yang betul2 menghargai kawan2 n memang betul berniat nak jumpa kawan2 lama. Yang mana nampak mcm tak berminat or mcm nak taknak tu.. kita abaikan je la. If diorang prefer taknak jumpa balik.. it's really up to them. We are not gonna force them into anything.

So.. rakan-rakan sekalian.... sudi2 lah memberikan cadangan dan buah fikiran anda semua tentang metodologi mcm mana supaya kita semua dapat lepak sekali.


- Niko Bellic -

p/s : Sapa-sapa yang nak buat post kat sini.. aku amat mengalu-alukan dan aku berterima kasih. sebab aku pun bukan selalu ada masa nak tulis kat sini. Tinggalkan la ID kat reply so aku boleh add as admnistrator. Ke tak yah add ID pun takpe? aku tak tau sgt ni....

p/p/s : satu lagi.. saya bermohon kepada rakan-rakan sekalian. Blog ni diwujudkan untuk kita buat reunion.. bukan untuk berMLM ke... atau meniaga kopi janda... saya mohon untuk jgn la menyemak kan blog ni dgn benda-benda yang pelik. Contoh-contoh ada kat bawah :

Contoh 1

Apa khabar semua????? Luar Biasa!!! Luar Biasa Baik!!!!

Contoh 2

Duduk diam dapat duit???!!!!

Contoh 3

Best tak hidup macam ni?
Kereta dah abis bayar...
Rumah dah abis bayar...
Nak makan apa? Makan!
Nak pegi mana? Pegi!

Tak percaya? Tak mengapa. Kami tidak memerlukan kepercayaan anda kerana kami sedang menjalani kehidupan yang tak perlu memikirkan tentang masa dan wang.

Contoh 4

Biar betul ngko ni? aku baru masuk RM 1000 minggu lepas, minggu ni dah dapat 10,000?

11 comments:

  1. Sapa2 nak jadi author dipersilakan.. Jangan menyalahgunakan dah la. tolong tinggalkan id gmail or yahoo or apa2 yang relevan utk aku add nanti.

    ada ke cara lain utk aku add author dgn cara mudah eh?

    ReplyDelete
  2. ha.. aku jalan je. bgtau bila next meeting ke apa ke..

    suberxx

    ReplyDelete
  3. salam,

    heday...aku Insya Allah join kalau kena time....cuma dalam masa 2 tahun ni aku takde kat mesia la...lepas 2011 bole la...

    Pett

    ReplyDelete
  4. salam,
    ptg tadik aku baru jer gi maktab pusing2 2 round... sajer2 jer tawaf maktab tuh, tunjuk kt anak aku sekolah ibu ayah dia... byk giller yg dh berubah... w/pun kg wife aku dkt jerr situ tp mmg aku tak penah masuk maktab tuh even dh 3-4thn nih aku mmg selalu ulang alik muo.. cuma tadi tergerak hati nk jln2 kt dlm tuh...gi kt parking keter cikgu2.. cuma beberapa nama jerr yg kenal.. yg lain tak kenal.. rasa2nya tak smpai 10org cikgu2 yg stay situ dr thn 96 dulu..

    Redza

    ReplyDelete
  5. orang yang ada 3 club tu, mungkin dia ada 2 heart ngan 2 spade... jadi dia boleh terus keluar 2 spade kasik orang lain terkamjat balik.. pastu dia keluar 3 club combo 2 heart..pastu terus 5 daun, terus game...

    hahaha.. pastu sapa kalah minum air...air ambik kat makcik DS..

    anyway.. mmg nak guna medium blogspot ka utk communicate pasal reunion nih?

    ReplyDelete
  6. nampaknya, basic information transfer pakai blog la...cuma, majority budak2 batch ni mcm tak berminat...meh la, lepak2 minum kat mana2, bincang2 ape yg patut.

    ReplyDelete
  7. skang ni zaman innenet..
    jadi medium internet ni mmg powerful.
    org takyah susah2 nak spend too much time nak hadir meeting..traveling...waiting etc.... bukak internet bila dia nak jek..

    tapi problem dia.. byk sgt pulak medium introduce... ada yahoo group ler.. facebook ler..blogspot ler.. email ler.. jadi kadang2 lost pulak kat mana meeting dia yang sebenarnye...

    tapi kot mana pun.. aku menyokong kita buat reunion ini... buat kecik2lan pun oker.

    ReplyDelete
  8. ni ada reunion yg abg2 n akak2 kita buat..bole jadikan contoh..

    http://muar.mrsm.net/?cat=3

    aku cadangkan kita buat kat PD..kalau korang setuju atau ada lain2 pendapat, contact aku kat:

    fb: Prince Hafiz
    email: jfe_4153@yahoo.com.my
    tel: 013-9147545

    ke nak suruh aku buat paperwork dulu? selagi xde org memulakan, xkan berjaya reunion ni kengkawan..

    ReplyDelete