Friday, July 3, 2009

Suggestions..... ideas.......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Saya selaku urusetia ingin memohon kemaafan kerana kelewatan mengemaskini blog ni. Konon2 nyer bz sgt sampai tak sempat nak tulis post.

So di sini saya ingin membuat sedikit post-mortem dari rancangan reunion kita yang lepas. Pendekatan yang kita buat adalah menggunakan wakil dari kelas n wakil kelas yang akan handle all the ex-classmates. Dari segi teori aku rasa, aku rasa approach ni sepatutnya mudah dan berkesan... tapi it end up failure gak. Tak tau la sebab wakil kelas tak effective atau pun ahli-ahli dalam kelas yang tak berminat.

So aku ingat 1st step... aku nak tanya pendapat korang.

1) adakah patut kita kekalkan approach yang sebelum ni? (n maybe try seriously...)
2) Atau patut kita tak perlu nak ambitious sgt nak ajak ramai2... kita ajak je mana yang ada. so x perlu wakil kelas lagi. Maybe kita buat jawatankuasa je la...
3) Atau pun ada cadangan pendekatan lain yang lebih efektif..
4) Atau pun kita gi lepak minum teh tarik sambil main cotaiti n bincang masa tu....

Diharap para hadirin dapat memberikan buah fikiran berkenaan isu ini.

tq.

p/s : kalau nak meeting kat mana tempat cadangan? n cadangan tu kalau boleh kita ambil kira sekali faktor kos perjalanan, masa perjalanan, keadaan lalu lintas, kos duduk kat tempat tu dan sebagainya. Kita taknak nanti ada org yang terasa nak gi meeting tu sesuatu yang amat membebankan.

Wednesday, June 17, 2009

First post ever....


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Rakan-rakan seperjuangan yang budiman......

Aku buat keputusan untuk buat blog ni sebab aku dah frust la sebab rancangan reunion kita ni asyik terkamjat je. Mcm masa main cotaiti, bila 3 diamond keluar, org lepas tu keluar 3 heart pastu org ketiga keluar 3 spade... so dah tau la yang 3 club dah terkamjat kat org yang last tuh. Hehe!


So.. kat sini aku wujudkan tempat untuk kita semua berborak sambil merancang mcm mana nak mengumpulkan batch kita 95/96 (if ada batch lain nak join pun... jalan terus je!!) yang seramai 4++ org ni berjumpa pada waktu yang sama n spend some quality times together.


Mungkin terlalu ambitious nak kumpulkan semua... tapi batch kita ni ramai giler! If dapat separuh pun dah 200 org. Dah ok dah tu.
Aku cadangkan kita ajak la yang betul2 menghargai kawan2 n memang betul berniat nak jumpa kawan2 lama. Yang mana nampak mcm tak berminat or mcm nak taknak tu.. kita abaikan je la. If diorang prefer taknak jumpa balik.. it's really up to them. We are not gonna force them into anything.

So.. rakan-rakan sekalian.... sudi2 lah memberikan cadangan dan buah fikiran anda semua tentang metodologi mcm mana supaya kita semua dapat lepak sekali.


- Niko Bellic -

p/s : Sapa-sapa yang nak buat post kat sini.. aku amat mengalu-alukan dan aku berterima kasih. sebab aku pun bukan selalu ada masa nak tulis kat sini. Tinggalkan la ID kat reply so aku boleh add as admnistrator. Ke tak yah add ID pun takpe? aku tak tau sgt ni....

p/p/s : satu lagi.. saya bermohon kepada rakan-rakan sekalian. Blog ni diwujudkan untuk kita buat reunion.. bukan untuk berMLM ke... atau meniaga kopi janda... saya mohon untuk jgn la menyemak kan blog ni dgn benda-benda yang pelik. Contoh-contoh ada kat bawah :

Contoh 1

Apa khabar semua????? Luar Biasa!!! Luar Biasa Baik!!!!

Contoh 2

Duduk diam dapat duit???!!!!

Contoh 3

Best tak hidup macam ni?
Kereta dah abis bayar...
Rumah dah abis bayar...
Nak makan apa? Makan!
Nak pegi mana? Pegi!

Tak percaya? Tak mengapa. Kami tidak memerlukan kepercayaan anda kerana kami sedang menjalani kehidupan yang tak perlu memikirkan tentang masa dan wang.

Contoh 4

Biar betul ngko ni? aku baru masuk RM 1000 minggu lepas, minggu ni dah dapat 10,000?