Wednesday, June 17, 2009

First post ever....


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Rakan-rakan seperjuangan yang budiman......

Aku buat keputusan untuk buat blog ni sebab aku dah frust la sebab rancangan reunion kita ni asyik terkamjat je. Mcm masa main cotaiti, bila 3 diamond keluar, org lepas tu keluar 3 heart pastu org ketiga keluar 3 spade... so dah tau la yang 3 club dah terkamjat kat org yang last tuh. Hehe!


So.. kat sini aku wujudkan tempat untuk kita semua berborak sambil merancang mcm mana nak mengumpulkan batch kita 95/96 (if ada batch lain nak join pun... jalan terus je!!) yang seramai 4++ org ni berjumpa pada waktu yang sama n spend some quality times together.


Mungkin terlalu ambitious nak kumpulkan semua... tapi batch kita ni ramai giler! If dapat separuh pun dah 200 org. Dah ok dah tu.
Aku cadangkan kita ajak la yang betul2 menghargai kawan2 n memang betul berniat nak jumpa kawan2 lama. Yang mana nampak mcm tak berminat or mcm nak taknak tu.. kita abaikan je la. If diorang prefer taknak jumpa balik.. it's really up to them. We are not gonna force them into anything.

So.. rakan-rakan sekalian.... sudi2 lah memberikan cadangan dan buah fikiran anda semua tentang metodologi mcm mana supaya kita semua dapat lepak sekali.


- Niko Bellic -

p/s : Sapa-sapa yang nak buat post kat sini.. aku amat mengalu-alukan dan aku berterima kasih. sebab aku pun bukan selalu ada masa nak tulis kat sini. Tinggalkan la ID kat reply so aku boleh add as admnistrator. Ke tak yah add ID pun takpe? aku tak tau sgt ni....

p/p/s : satu lagi.. saya bermohon kepada rakan-rakan sekalian. Blog ni diwujudkan untuk kita buat reunion.. bukan untuk berMLM ke... atau meniaga kopi janda... saya mohon untuk jgn la menyemak kan blog ni dgn benda-benda yang pelik. Contoh-contoh ada kat bawah :

Contoh 1

Apa khabar semua????? Luar Biasa!!! Luar Biasa Baik!!!!

Contoh 2

Duduk diam dapat duit???!!!!

Contoh 3

Best tak hidup macam ni?
Kereta dah abis bayar...
Rumah dah abis bayar...
Nak makan apa? Makan!
Nak pegi mana? Pegi!

Tak percaya? Tak mengapa. Kami tidak memerlukan kepercayaan anda kerana kami sedang menjalani kehidupan yang tak perlu memikirkan tentang masa dan wang.

Contoh 4

Biar betul ngko ni? aku baru masuk RM 1000 minggu lepas, minggu ni dah dapat 10,000?